Lawatan Penanda Aras Unit Integriti KPM Ke Majlis Perbandaran Sepang
05 Ogos 2025 | 9.30 pagi | Majlis Perbandaran Sepang, Selangor Unit Integriti, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Majlis Perbandaran Sepang pada 5 Ogos 2025. Lawatan ini melibatkan 11 pegawai Unit Integriti dan 2 pegawai Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara KPM dan MP Sepang, di samping menjadi platform untuk bertukar pandangan serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan integriti. Ia juga menjadi medan meningkatkan kefahaman berkaitan pelaksanaan integriti di peringkat organisasi.