Upcoming Events

  • Kempen 100,000KG Botol Plastik

    Kempen 100,000KG Botol Plastik

    Aug 17, 2025

    Pusat Kitar Semula, Cyberjaya

    0/

    Registration closes in 296 days

    Join Event

Latest News

Program Ceramah: "Integriti Untuk Diri Sendiri atau Organisasi"

Majlis Perbandaran Sepang dengan penuh komitmen telah menganjurkan Program Ceramah: "Integriti Untuk Diri Sendiri atau Organisasi" di Semarak Hall, Cyberjaya sebagai medan penting membina budaya kerja berteraskan nilai murni dan tadbir urus berintegriti. Turut hadir bersama meraikan, YBrs. Dr. Ani binti Ahmad, Yang Dipertua MPSepang diiringi oleh Puan Suhana binti Mohd Ghazali, Pengarah Unit Integriti MPSepang. Kehadiran warga kerja yang memenuhi dewan membuktikan kesungguhan MPSepang untuk menjadikan integriti sebagai budaya teras yang menyatukan kita semua. Lebih istimewa, sesi ini disampaikan oleh penceramah terkenal, Ustaz Syamsul Debat yang dengan gaya penuh humor, santai tetapi sarat pengajaran berjaya membuka minda warga MPSepang tentang betapa pentingnya nilai integriti dalam kehidupan seharian dan organisasi. Program ini bukan sekadar ceramah tetapi satu seruan bersama untuk menegakkan prinsip telus, amanah dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Sepang. 📲 LIKE, FOLLOW & SHARE: 👇🏻 👍🏻 FB: Majlis Perbandaran Sepang 👍🏻 Twitter: @MPSepang 👍🏻 Instagram: @mpsepang_official 👍🏻 YouTube: Corporate MPSepang 👍🏻 Tiktok: @mpsepang #MPSepang #BersihHijauSejahtera #SepangDihati #KitaSelangor #MalaysiaMadani
Read more

Lawatan Penanda Aras Unit Integriti KPM Ke Majlis Perbandaran Sepang

05 Ogos 2025 | 9.30 pagi | Majlis Perbandaran Sepang, Selangor Unit Integriti, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Majlis Perbandaran Sepang pada 5 Ogos 2025. Lawatan ini melibatkan 11 pegawai Unit Integriti dan 2 pegawai Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara KPM dan MP Sepang, di samping menjadi platform untuk bertukar pandangan serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan integriti. Ia juga menjadi medan meningkatkan kefahaman berkaitan pelaksanaan integriti di peringkat organisasi.
Read more

KURSUS MODUL INTEGRITI PENGUATKUASA (MIP) SEMPENA SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2024

KURSUS MODUL INTEGRITI PENGUATKUASA (MIP) SEMPENA SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2024 1 November 2024 (Jumaat), Semarak Hall@Cyberjaya Hari Integriti Nasional disambut pada 5 November setiap tahun. Pada tahun 2024, Hari Integriti Nasional adalah bertemakan "Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi". Sehubungan dengan itu, Unit Integriti Majlis Perbandaran Sepang telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Kursus Modul Integriti Penguatkuasa Sempena Sambutan Hari Integriti Majlis Perbandaran Sepang Bagi Tahun 2024 dengan kerjasama pihak Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kursus ini telah berlangsung di Semarak Hall@Cyberjaya dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji. Abd Hamid bin Hussain, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang. Turut hadir adalah Pengarah Jabatan / Unit, Majlis Perbandaran Sepang. Seramai 70 orang peserta kursus dari kalangan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang telah menghadirkan diri dan memberikan komitmen sepanjang kursus berlangsung. Objektif utama kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran agar bersama-sama membudayakan amalan nilai integriti di kalangan penjawat awam, seterusnya untuk meningkatkan kefahaman dan iltizam pegawai penguatkuasa supaya tidak melibatkan diri dalam amalan rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan. Modul yang telah dilaksanakan sepanjang kursus ialah Modul Integriti Cerminan Organisasi, Modul Penguatkuasa Yang Cemerlang dan Modul Menginstitusikan Integriti. Selamat Bertugas kepada semua Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang. Sepang Bersih, Hijau dan Sejahtera. 📲 LIKE, FOLLOW & SHARE: 👇🏻 👍🏻 FB: Majlis Perbandaran Sepang 👍🏻 Twitter: @MPSepang 👍🏻 Instagram: @mpsepang_official 👍🏻 YouTube: Corporate MPSepang 👍🏻 Tiktok: @mpsepang #MPSepang #BersihHijauSejahtera #SepangDihati #KitaSelangor #MalaysiaMadani
Read more

Albums

Program Ceramah: "Integriti Untuk Diri

18 August 2025

Lawatan Penanda Aras Unit Integriti

05 August 2025

KURSUS MODUL INTEGRITI PENGUATKUASA (MIP)...

01 November 2024

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS

29 February 2024

Cert Verification

Quotes of the Day

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.

Surah Al-Maidah (5):8