KURSUS MODUL INTEGRITI PENGUATKUASA (MIP) SEMPENA SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2024
KURSUS MODUL INTEGRITI PENGUATKUASA (MIP) SEMPENA SAMBUTAN HARI INTEGRITI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2024 1 November 2024 (Jumaat), Semarak Hall@Cyberjaya Hari Integriti Nasional disambut pada 5 November setiap tahun. Pada tahun 2024, Hari Integriti Nasional adalah bertemakan "Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi". Sehubungan dengan itu, Unit Integriti Majlis Perbandaran Sepang telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Kursus Modul Integriti Penguatkuasa Sempena Sambutan Hari Integriti Majlis Perbandaran Sepang Bagi Tahun 2024 dengan kerjasama pihak Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kursus ini telah berlangsung di Semarak Hall@Cyberjaya dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji. Abd Hamid bin Hussain, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang. Turut hadir adalah Pengarah Jabatan / Unit, Majlis Perbandaran Sepang. Seramai 70 orang peserta kursus dari kalangan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang telah menghadirkan diri dan memberikan komitmen sepanjang kursus berlangsung. Objektif utama kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran agar bersama-sama membudayakan amalan nilai integriti di kalangan penjawat awam, seterusnya untuk meningkatkan kefahaman dan iltizam pegawai penguatkuasa supaya tidak melibatkan diri dalam amalan rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan. Modul yang telah dilaksanakan sepanjang kursus ialah Modul Integriti Cerminan Organisasi, Modul Penguatkuasa Yang Cemerlang dan Modul Menginstitusikan Integriti. Selamat Bertugas kepada semua Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang. Sepang Bersih, Hijau dan Sejahtera. π² LIKE, FOLLOW & SHARE: ππ» ππ» FB: Majlis Perbandaran Sepang ππ» Twitter: @MPSepang ππ» Instagram: @mpsepang_official ππ» YouTube: Corporate MPSepang ππ» Tiktok: @mpsepang #MPSepang #BersihHijauSejahtera #SepangDihati #KitaSelangor #MalaysiaMadani